Wednesday 20 July 2011

Qaseh ilmu_sayur2an ( Al-Khadrawat )

 "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :


اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.



Pada entri kali ini, saya akan memperkenalkan jenis-jenis sayuran dalam bahasa arab.
Sayur-sayuran dalam bahasa arab ialan " الخضروات ".
Selain daripada jenis buah-buahan, sayur-sayuran juga adalah salah satu makanan yang terpenting dalam hidup manusia.
Ianya memberi banyak khasiat & kebaikan kepada tubuh manusia.



Sayur-sayuran mengandungi vitamin & zat-zat penting yang boleh menghalang dan melawan penyakit dalam tubuh manusia.
Sekiranya badan kita tidak cukup vitamin & zat, kita akan mendapat pelbagai penyakit.
Saya akan mempamerkan jenis-jenis sayuran yang terpenting dalam hidup kita. Ianya mempunyai nama yang unik & menarik dalam bahasa arab.



بَصَلٌ = باواغ مسره




ثَوْمٌ = باوغ فوتيه




فُطْرٌ = خنداوان




 بَامِيَّةٌ = بيندي




جَزَرٌ = لوبق ميره






فِلْفِلٌ = خيلي
   


 طَمَاطِمٌ = طوماطو

 



كَرُنْبٌ = كوبيس
 




بَاذِنْجَانٌ = تروغ
 




خِيَارٌ = تيمون

ini adalah sebahagian daripada jenis sayur-sayuran=)



Saya juga akan menyelitkan sedikit video untuk tontotan followers saya...
moga kalian semua terhibur,,




jenis-jenis sayuran di Malaysia=)



Semoga dengan kehadiran blog saya yang tidak seberapa ini, dapat membantu followers saya dalam mencari idea untuk mendidik anak bangsa kita.
Moga kita semua akan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Saya mengharapkan, dengan kehadiran blog ini, akan memberi 1000 manfaat & kebaikan kepada kita semua.



" sesiapa yang inginkan kejayaan, hendaklah dia berjaga malam "




Jumpa lagi dalam entri akan datang,,,


~ Wailal liqa' ~
~ ma'as salamah ~
( ^^ )








 

Qaseh imu_buah2an ( Al-fawaqih )


 "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :



اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.


Banyak ilmu yang telah kita dapat pada entri-entri yang lepas. Pada entri kali ini, saya ingin memperkenalkan pelajaran yang seterusnya iaitu buah-buahan. Buahan - buahan dalam bahasa arab dikenali sebagai " الفواكه ".
Buah-buahan adalah salah satu makanan yang amat penting dalam hidup manusia. Buah-buahan merupakan vitamin C dan amat bagus untuk kulit manusia. 



الفواكه = buah-buahan



Terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang sedap & enak di Malaysia. 
Buah-buahan ini mempunyai nama yang unik & tersendiri dalam bahasa arab.
Saya ingin memperkenalkan beberapa jenis nama buah-buahan dalam bahasa arab yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
Semoga dengan kehadiran bl0g ini akan memberikan idea & inspirasi kepada f0ll0wers saya.


عِنَبٌ = اغكور






بَابَايَا = بتيق




 دُوْرِيَّانٌ = دوريان




نَجْمِيَّةٌ = بليمبيغ





 تُفَّاحٌ = ايفال




 بُرْتُقَالٌ = ليماو



  
أَنَانَاسٌ = نناس




مَوْزٌ = فيسغ



 رَمْبُوتَانٌ = رمبوتن



بِطِّيْحٌ = تمبيكاي

ini adalah sebahagian daripada buah-buahan yang terdapat di Malaysia=)


Di entri ini juga, saya akan selitkan sedikit video untuk memberi inspirasi kepada guru-guru dalam usaha mendidik anak bangsa.
Semoga video ini akan memberikan sedikit hiburan untuk santapan followers saya.





buah-buahan tempatan=)





Dengan kehadiran blog ini, semoga anda akan mendapat manfaat & kebaikan daripanya.
" Ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan akan menjadi seperti pohon rendang yang tidak berbuah ".
Moga kita bertemu lagi di entri yang akan datang.
~wailal liqa'~=)






Qaseh ilmu_peralatan di dalam kelas (al-asasul fasli)





 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :


اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ 
يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung
 rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.






Bertemu lagi kita dalam pelajaran seterusnya. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai "pekakas/peralatan dalam bilik darjah" Perkataan tersebut di dalam bahasa arab kita panggil "الأساس الفصل " (al-asasul fasli)


الأساس = peralatan
الفصل = kelas    



Pelajar dapat mempelajari & mengenali peralatan-peralatan tersebut dengan lebih mudah kerana peralatan-peralatan tersebut merupakan peralatan yang berada di sekeliling mereka. Setiap hari mereka bergaul dengan peralatan-peralatan di dalam kelas yang ada di sekitar mereka. Berikut merupakan peralatan asas yang selalu berada dalam kelas :


وَرَقٌ = كرتس

 

مَكْتَبٌ = ميجا

 

مِرْسَمٌ = فينسيل


 

مِسْطَرَةٌ = فمباريس




قَلَمٌ = فين




حَقِيْبَةٌ = بيك


 سَبُّورَةٌ = فافن هيتم
دَفْتَرٌ = بوكو توليس




حَاسُوْبٌ = كومفوتر

sebahagian daripada peralatan-peralatan yang terdapat didalam kelas.


Murid-murid akan lebih tehibur & akan memberi lebih perhatian sekiranya guru membuat sedikit selingan setelah mereka penat belajar. Jadi di sini saya sertakan sebuah video untuk hiburan kita bersama :


mari belajar peralatan kelas





semoga apa yang saya kongsikan ini dapat disebarkan besama. Semuga berjumpa lagi di entri yang lain.
~wailal liqa'~=)

Qaseh ilmu_keluarga bahagia ( Usratus Sa'adah )

 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :


اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.

semoga Allah memberkati ilmu kita  =)







Pelajaran yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini ialah mengenai "keluarga bahagia". Perkataan "keluarga bahagia" dalam bahasa syurga ialah 
" الأسرة ألسعادة ".

 keluarga - (usrah) الأسرة 
 bahagia - (as-sa'adah) ألسعادة 





Kita semua mesti mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Bak kata pepatah "Keluargaku Sayangku, Rumahku Syurgaku ".
Keluarga secara umumnya terdiri daripada ayah, ibu, nenek,atok, kakak, abang dan adik.
Tanpa kehadiran mereka, hidup kita tidak ceria & bahagia.
Di entri ini, saya akan memperkenalkan nama-nama ahli keluarga dalam bahasa arab.
Saya juga akan menyelitkan sedikit video untul tatapan followers saya,
Mari kita belajar bersama-sama.





  
جَدٌّ = داتوق



جَدَّةٌ = نينيق

 

أَبٌ = ايه





أُمٌّ = ايبو




أَخٌ = ابغ



  
أُخْتٌ = كاكاق

 

أَخٌ = اديق للاكي




أُخْتٌ = اديق فرمفوان
 


الأُسْرَةُ السَّعَادَةِ = كلوارك بهاكيا  

senarai nama ahli keluarga dalam bahasa arab=)



Ahli keluarga adalah orang-orang yang terpenting dalam hidup kita. Mereka merupakan orang yang paling rapat dengan kita dalam hidup ini. Tanpa ibu & bapa, kita tidak akan wujud. Tanpa ahli keluarga yang lain,hidup kita akan sunyi.Mereka juga adalah orang-orang yang sentiasa mewarnai hidup saya.
Saya sayang mereka dunia & akhirat=)

Sayangi & hargai ahli keluarga kita sementara mereka masih hidup di muka bumi Allah ini. (n_n)









saya sayang keluarga saya=)




Semoga apa yang kawan-kawan dapat dari bl0g ini, dapat disebarkan ilmu Allah ini kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya. Sem0ga kita akan mendapat segala kebaikan & manfaat daripada bl0g ini.  =)
Semuga berjumpa lagi. 
~Wailal liqa'~

^____^

Qaseh ilmu_anggota badan (A'dhoul Jismu Salim)



 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :




اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.







Pelajaran yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini ialah "anggota badan". Anggota badan dalam bahasa arab ialah" أعضاء الجسم  ".




أعضاء = anggota
   الجسم = badan
 

Semuga murid-murid dapat mengenali, mempelajari & mengenali anggota badan dalam bahasa arab dengan lebih baik lagi. Di sini saya akan selitkan sedikit gambar & video mengenai anggota badan ini dalam bahasa arab.







شَعْرٌ = رمبوت 


  
 اَنْفٌ = هيدوغ



 فَمٌ = مولوت








أُذُنٌ = تليغا






رِجْلٌ = كاكي
يَدٌ = تاغن 


عَيْنٌ = مات





وَجْهٌ = موك



لِسَانٌ = ليده




اَعْضَاءُ الْجِسْمِ = اغكوتا بادن

c0ntoh-c0nt0h anggota badan dalam bahasa arab=)



Murid-murid akan lebih cepat belajar,memahami & mempelajari bahasa arab dengan adanya bahan-bahan bantu mengajar yang menarik minat mereka. Guru perlu memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan ilmu yang boleh memberi kesan kepada pelajar.




Di sini saya selitkan contoh video mengenai anggota badan dalam bahasa arab. Semuga murid-murid akan lebih mudah untuk mengingati dan memahami pelajaran pada kali ini dengan lebih mudah :)







video tentang anggota badan dalam bahasa arab  ^^.





Akhir kata :
 "tuntutlah ilmu dari buaiyan hingga ke liang lahad "


Semoga apa yang kawan-kawan dapat dari bl0g ini, dapat disebarkan ilmu Allah ini kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya. Sem0ga kita akan mendapat segala kebaikan & manfaat daripada bl0g ini.  =)
Semuga berjumpa lagi.
~Wailal liqa'~