Wednesday 20 July 2011

Qaseh ilmu_peralatan di dalam kelas (al-asasul fasli)





 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mari kita mulakan mempelajari ilmu dengan membaca doa belajar bersama-sama :


اَللَّهُمَّ الفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَآئِنِ رَحْمَتِكَ 
يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : wahai Tuhan kami, bukanlah keatas kami
 hikmahmu & bentangkan ke atas kami gedung
 rahmatmu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.






Bertemu lagi kita dalam pelajaran seterusnya. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai "pekakas/peralatan dalam bilik darjah" Perkataan tersebut di dalam bahasa arab kita panggil "الأساس الفصل " (al-asasul fasli)


الأساس = peralatan
الفصل = kelas    



Pelajar dapat mempelajari & mengenali peralatan-peralatan tersebut dengan lebih mudah kerana peralatan-peralatan tersebut merupakan peralatan yang berada di sekeliling mereka. Setiap hari mereka bergaul dengan peralatan-peralatan di dalam kelas yang ada di sekitar mereka. Berikut merupakan peralatan asas yang selalu berada dalam kelas :


وَرَقٌ = كرتس

 

مَكْتَبٌ = ميجا

 

مِرْسَمٌ = فينسيل


 

مِسْطَرَةٌ = فمباريس




قَلَمٌ = فين




حَقِيْبَةٌ = بيك


 سَبُّورَةٌ = فافن هيتم
دَفْتَرٌ = بوكو توليس




حَاسُوْبٌ = كومفوتر

sebahagian daripada peralatan-peralatan yang terdapat didalam kelas.


Murid-murid akan lebih tehibur & akan memberi lebih perhatian sekiranya guru membuat sedikit selingan setelah mereka penat belajar. Jadi di sini saya sertakan sebuah video untuk hiburan kita bersama :


mari belajar peralatan kelas





semoga apa yang saya kongsikan ini dapat disebarkan besama. Semuga berjumpa lagi di entri yang lain.
~wailal liqa'~=)

5 comments: